Thursday, 28 April 2016

Mary Kay® Translucent Loose Powder..NIPIS >> TULEN >> WARNASEMPURNAUNTUK SETIAP WANITA


Assalamualaikum...salam sejahtera semua...

Entri kali ini saya ingin berkongsi bedak...ye bedak je...kerana bedak amat penting dalam kehidupan wanita

mencari bedak yang sesuai dengan tona kulit memang susah kan?... Kadang2 terlalu cerah, kadang terlalu gelap...

Tetapi, hari ni anda semua usah risau untuk memikirkan tona kulit anda untuk memilih bedak

KENAPA..

kerana Mary Kay memperkenalkan Mary Kay® Translucent Loose Powder yang sesuai dan padan dengan semua tona kulit anda. 


Mary Kay® Translucent Loose Powder bukan seperti bedak baby yang selalu anda pakai tu ye...walaupun nampak simple tetapi banyak kelebihan dan kebaikan.

Pengalaman saya, Mary Kay® Translucent Loose Powder adalah antara bedak tabur terbaik yang pernah saya gunakan dan senang digunakan.


Sifat-sifat penyebaran cahaya dalam Mary Kay® Translucent Loose Powder telah direka untuk memantul cahaya dan mencipta efek “fokus lembut” yang menghilangkan penampilan garis-garis halus. Ia adalah bedak yang mempunyai pelbagai tugas yang setiap wanita akan sukai!


Pendapat 8 daripada 10 wanita yang menggunakan Mary Kay® Translucent Loose Powder :
• 98% ia berasa ringan pada kulit
• 84% berkata ia mengadun dengan mudah dengan bedak asas dan melengkapkan penampilan solekan yang sempurna
• 88% berkata ia menyingkirkan kilauan berminyak
• 86% berkata ia menyediakan litupan tulen


10 sebab kenapa setiap wanita perlu memiliki Mary Kay® Translucent Loose Powder

1  👍🏻 Tidak perlu meneka warna bedak yang paling sempurna untuk kulit anda
2  👍🏻  Sesuai dengan semua tona kulit dari amat cerah kepada yang amat gelap
3  👍🏻  Mengawal kilauan minyak sepanjang hari
4  👍🏻  Sebagai bedak pelengkap untuk menetapkan bedak asas lain atau foundation atau cc cream
5  👍🏻  Meninggalkan kulit licin bak sutera
6  👍🏻 Ringan dan mudah diadun pada kulit
7  👍🏻  Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
8  👍🏻 Tidak tampak berkapur dan bercapuk
9  👍🏻  Anda akan tampil segar sepanjang hari kerana ciri ciri penyebaran cahaya dalam bedak ini
10👍🏻  Paling penting tidak menyumbatkan pori dan senang dicuci

BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA?

Senang saja....

Celupkan Mary Kay® Powder Brush ke dalam bedak. Ketukkan serbuk berlebihan. Menggunakan gerakan ringan, panjang dan arah ke bawah, sapukan bedak bermula dari dahi dan kemudian ke bawah dagu, dan menyapu pada seluruh muka.

Jom dapatkan Mary Kay® Translucent Loose Powder yang :  🔬Diuji oleh ahli dermatologi    🙅🏻 Bebas wangian  🍃 Bebas minyak  🌸 Sesuai untuk kulit sensitif  ☠ Tak komedogenik

Anda berminat, jom pm saya untuk perkhidmatan rundingan kecantikan istimewa peribadi anda

 Hubungi saya

Cik Elly
Independent Beauty Consultant Mary Kay

Call/SMS/WhatsApp


Saturday, 23 April 2016

MARY KAY SKINVIGORATE CLEANSING BRUSH...pembersihan sempurna tanpa kesan cela


Assalamualaikum..selamat pagi
Hari ni sy nk share pasal MK skinvigorate brush.

Sekiranya anda seorang yang aktif, pasti banyak mengeluarkan peluh termasuk di bahagian muka. Apabila peluh ini kering, tak bermakna peluh tersebut hilang ke persekitaran. Peluh yang kering kerana airnya terhidrat ke udara tapi akan meninggalkan sisa minyak dan kotoran yang ditarik oleh peluh tadi di dalam pori.. Jika terlalu banyak akan menyebabkan pori tersumbat dan jerawat akan tumbuh.

Selain gaya hidup yang aktif, anda yang sentiasa mengenakan make up juga boleh menyebabkn pori tersumbat jika proses pembersihan kulit wajah tidak sempurna.

Mary Kay memperkenal SKINVIGORATE CLEANSING BRUSH untuk membantu anda membersih kulit wajah dengan lebih baik. Saya sendiri menggunakan skinvigorate brush ini selama 2 tahun dan saya telah menhindarkan kulit saya daripada jerawat pasir atau jerawat halus yang selalu tumbuh di muka saya sebelum ini.


Jom check apa yg skinvigorate cleansing brush boleh buat?
Membersih kulit muka anda

Apa yang istimewa sangat???

1. Skinvi membersih 85% lebih baik daripada guna tangan sahaja

2. Putaran yg laju mengurut wajah melancarkan perjalanan darah di wajah anda lalu menyihatkan dan menaikkan seri wajah

3. Wajah kita mempunyai 20 000 liang pori. Jerawat terbentuk apabila pori-pori tersumbat dengan kotoran,sel kulit mati dan minyak. Berus skinvi direka khas halus dan kecil lebih kecil dr pori-pori untuk membersihkan pori.

4. Berkesan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat kerana berusnya sangat sangat lembut.

5. Sangat sesuai untuk mereka yang selalu 'tiada masa' 'sibuk' 'tak sempat' . Sebab skinvi hanya mengambil masa 1 minit hingga 2 minit je untuk menjalankan tugasnya.

6. Hanya ada 2 butang. Satu butang on & off dan satu lagi butang kelajuan (kelajuan rendah untuk kulit sensitif dan kelajuan tinggi untuk kulit normal).

7. Kalis air. Anda boleh letak ditepi sinki anda.

8. Kecil dan cute. Anda boleh bawa walaupun semasa anda travel.

9. Anda hanya perlu membersihkan berus dengan sabun mandi sebaik sahaja menggunakan berus.

10. Berbaloi dengan harganya daripada brand lain di luar sana. Ada yang lagi murah tetapi lebih baik sedikit daripada berus gigi anda kerana ia mempunyai berus lebih kasar drpd berus skinvi ni.

Akhir sekali, Kenapa anda perlu ada skinvigorate brush ni???
Cuba anda bersihkan gigi anda dengan menggunakan jari tangan sahaja, adakah anda lebih berpuas hati berbanding menggunakan berus gigi??

Dalam pek skinvigorate cleansing brush mempunyai 2 berus disediakan, sepasang bateri dan manual penggunaan. Jimat kan? Kerana Mary Kay telah menyediakan satu berus gantian jika berus yang pertama dah rosak nanti. Jangan risau kerana satu berus boleh bertahan sehingga 5 bulan jika di jaga dengan baik. Bersihkan berus seminggu sekali dengan sabun mandi supaya ia kekal putih bersih.


testimoni ini daripada salah seorang pelanggan saya yang menggunakan produk tabita bertukar kepada produk Mary Kay. Masalah beliau adalah jerawat halus di bahagian muka dan bintik-bintik hitam di bahagian hidung. Setelah menggunakan skinvi, Memang nampak perbezaan selepas pengunaan pertama.


Anda berminat, jom pm saya untuk perkhidmatan rundingan kecantikan istimewa peribadi anda

 Hubungi saya

Cik Elly
Independent Beauty Consultant Mary Kay

Call/SMS/WhatsApp


Saya Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay

Salam..Selamat datang ke blog saya.Saya adalah Perunding Bebas Kecantikan Mary Kay .Saya juga adalah pengguna tegar Mary Kay hampir 2 tahun sejak pertengahan tahun 2014. 

Saya diperkenalkan dengan Mary Kay oleh rakan sekerja lelaki yang mana isterinya adalah seorang perunding kecantikan bebas Mary Kay. Oleh kerana saya seorang pengguna tegar produk di kaunter pusat membeli belah yang terkenal berharga beratus ringgit saya kurang yakin dengan kemampuan produk Mary Kay memulihara kulit saya. 

Cuaca panas melampau di tempat baru saya menyebabkan penggunaan produk semasa saya tidak lagi relevan. Bintik-bintik halus mula tumbuh di muka saya. Saya mula memikirkan produk lain yang boleh menaikkan seri wajah saya semula termasuklah membuat facial treatment di pusat kecantikan.

Saya ditarik semula dengan penggunaan produk Mary kay oleh seorng lagi rakan sekerja perempuan yang merupakan perunding kecantikan bebas mary kay yang aktif. Selepas skin care class yang dibuat bersama, beliau berjaya menarik saya menjadikan produk mary kay sebagai skin care harian saya.
Penggunaan selepas 6 bulan sememangnya tidak menampakkan kesan yang ketara hampir menyebabkan saya mengalah dengan produk ini namun tidak tahu kenapa walaupun tidak berpuas hati gerak hati saya mendorong saya menjadi prunding kecantikan bebas Mary Kay untuk diri say sendiri. Bermula daripada sini lah saya mendapat banyak ilmu kecantikan kulit menjadikan saya bertambah jelas tentang cara produk Mary Kay mengubah bukan sahaja kecantikan malah kecantikan kulit wajah.


Untuk mendapat kulit yang cantik dan sihat memerlukan masa kerana sebagaimana tempoh kitaran haid wanita yang mengambil masa sekurang kurangnya 28 hari untuk satu kitarn lengkap, begitu juga dengan pembaharuan kulit wajah. Mary kay memastikan kulit dibaiki daripada dalam, bukan daripada luaran seperti produk lain yang bertindak sepantas kilat kulit terus menjadi cantik. Produk tersebut biasa mengakis dengan teruk kulit luar menampakkan kulit dalam yang sebenarnya masih lagi sensitif terhadap persekitaran. Kesannya kulit menjadi kemerahan dan pedih di bawah panas matahari. 

Berkat kesabaran, setelah setahun kesan penggunaan Produk Mary Kay semakin jelas dan ketara. Memang lain dari produk sebelum ini. Kulit saya dipelihara dan dipulihara dengan baik oleh produk Mary Kay. Semakin hari saya semakin yakin dengan Mary Kay mendorong saya mengajak anda semua bersama memiliki kulit cantik sihat yakin seperti saya. 


Sebagai perunding kecantikan bebas Mary Kay yang amat yakin dengan produk Mary Kay, tugas saya kepada anda yang merupakan customer vvip saya termasuklah :

i - Memberi panduan untuk mengenal pasti jenis kulit dan keperluan kulit anda
ii - menerangkan jenis kulit dan produk yang menarik perhatian anda serta kesesuaian produk tersebut dengan keperluan kulit anda
iii - Memberi cadangan jenis produk Mary Kay sesuai dengan bajet dan keperluan kulit anda
iv - memberi pengetahuan tentang teknik penjagaan kulit wajah yang betul dan berkesan
v - Menerangkan langkah-langkah penggunaan produk bagi mendapatkan kesan maksimum
v - memudahkan anda mendapatkan produk Mary Kay anda dalam tempoh yang singkat sama ada dengan kaedah pengeposan dan cash on delivery.


 Hubungi saya

Cik Elly
Independent Beauty Consultant Mary Kay

Call/SMS/WhatsApp

Untuk rundingan kecantikan percuma anda

SEKARANG..!!!